Carian

Kisah MEMALI

Wednesday, January 19, 2011

Calon BN diUMUM oleh TPM

ekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

NONEAzahar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Kembali Mendepani Zaman!!

Salam sejahtera kepada sekalian pembaca.

Pertama sekali saya mohon ucapan kemaafan kerna kehadiran dan kecelotehan saya tiada dapat di kongsi bersama saudara/i seberapa mungkin kebelakangan ini. Seingat saya kali terakhir menaik-turun bicara adalah selepas KONGRES Nasional Ke-7 yang lalu.

Maka ini adalah bica pertama saya di blog peribadi ini untuk tahun 2011 ini.

Bicara permulaan saya adalah ingin dikesahkan mengenai kebejatan masa yang saya lalui sejak kembali ke alam nyata setelah berbulan berperang dalam parti sendiri semasa musim berkempen pra-pemilihan dan musim pemilihan. Semuanya telahpun berakhir hampir 90 hari. Maksudnya, sekiranya seseorang perempuan melahirkan anak, maka sudah pasti telahpon tamat masa 'KECEDERAAN' yang dilalui sang suami. Sepanjang tempoh itu sang istri pula telah persiapkan diri untuk kembali ke alam sebelomnya. Cuma kali ini bersama dgn anak yang baru pula. Maka, bertambahlah ahli keluarga dan bertambah jugalah warna-warni kehidupan suami-istri itu.

Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat.

Pelbagai warna-warni sepanjang pemilihan tersebut. Ada yang menang....ada yang kalah. Ada yang menang bergaya, ada yang menang tak bergaya....tak mengapa asalkan menang!!

Selain itu, yang menarik tentang pemilihan parti ini ada juga yang kalah dan kalah bergaya!!

Dan pemilihan parti ini dijalankan secara peringkat terus kepada setiap ahli....ya setiap ahli satu undi untuk Cabang dan Satu undi untuk pusat...

Ia adalah yang pertama diadakan sepanjang sejarah parti siasah politik kekuasaan di Malaysia.

Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau dikenali sebagai UMNO yang kononnya telah bertapak sejak setengah abad pon tiada keberanian atau 'guts' untuk berbuat sedemikian. Tetapi, parti ini yang dipelopori dikalangan bukan aristokerat dengan bersahaja untuk suka mengeksperimen pemilihan jenis ini.

Terima kaseh dan tahniah diucapkan kepada jawatan kuasa pemilihan kerna berjaya menguruskan acara paling mega sepanjang kelahiran parti ini. Memang dalam setiap pembaharuan itu pasti banyak penghalang dan rintangannya. Namun, pihak jawatan kuasa akhirnya dengan upaya telah selesaikan setiap permasalahan walaupon masih ada beberapa isu yang barangkali belom berjaya di sudahkan.

Jawatankuasa Pemilihan yang di Pengerusikan oleh Dr Molly Cheah bertindak dan bekerja hampir setiap hari dan malam. Tiada mengenal erti penat,lelah dan ada diantara mereka yang terpaksa tidur di Ibu Pejabat hampir setiap hari. Meninggalkan anak istri bukanlah mudah kalau bukan sebab hati dan jiwa mereka memang diberi penuh penghambaan kepada parti. Terima kaseh saya ucapkan kepada setiap ahli jawatankuasa.

Saya secara peribadi menghargai setiap pengorbanan mereka. Terima Kasih sekali lagi. Dan setiap ucapan penghargaan ini bukanlah sebab jawatankuasa memberikan kemenangan kepada saya semasa pemilhan tempohari yang mana saya tidak pula bertanding atas mana-mana jawatan walau dimana peringkat pon!!

Secara lahiriah juga terdapat beberapa perkembangan negetif yang tertimbul oleh sebab ketidakpuasan hati segelintir ahli parti terhadap pengelolaan pemilhan tersebut.

Ia termasuk tindakan seorang pemimpin parti yang memang diragui kesetiaannya akhirnya membuktikan dirinya yang sebenar yang telah secara konsisten mengkritik kempimpinan parti sehingga beliau membuat kenyataan untuk keluar daripada parti. Dan bukan sedikit juga pengikut orang ini. Mereka yang mengikutinya pula adalah jenis-jenis peraih politik yang terkenal disetiap cabang yang ada. Seperti di Cabang Pt Sulong, memang terdapat beberapa individu yang dikenali sejak sebelom tertubuhnya parti ini. Mereka adalah pelopor parti Semangat yang tak berapa semangat itu. Dan apabila parti itu dibubar mereka suram. Dan bersorak kegembiraan apabila parti baru pasca reformasi ditubuhkan. Dan kehadiran mereka bukan benar mahu berjuang untuk nama parti sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan. Kesempatan apa?

Dan penubuhan parti terbaru setelah pengambil alihan parti AKIM kepada KITA telah pon mendapat restu PM. Parti yang dicanang untuk menjadi seteru utama PKR ini bukanlah besar sangat. Akan tetapi ia mampu mengigit PKR jika perancangan tiada ketelitian.

Menurut beberapa penganalisis dari kalangan akademis dari beberapa universiti tempatan dalam konteks politik terbuka kebanyakan mereka menaruh percaya bahawa KITA mendapat restu daripada PM Najib Razak untuk dijadikan senjata mengurangkan undi PKR. Maka, ia mendapat persetujuan daripada beberapa teman yang rapat dengan perisik UMNO mengatakan bahawa memang terdapat beberapa siri perbincangan atau 'deal' diantara wakil parti baru ini dengan wakil PM bahawa "KITA akan bertanding disetiap kerusi yang PKR bertanding". Ia antara lain adalah untuk memastikan undi ahli PKR yang tidak sehaluan dengan beberapa muka baru kempimpinan mengundi bukan PKR." Itu adalah diantara janji wakil parti baru ini kepada wakil PM.

Maka kehadiran KITA dalam arena politik tanah air bukanlah ditubohkan untuk memenangi pilihanraya. Tetapi sekadar untuk mengurangkan pengaruh undian diterima PKR. Hal ini adalah menurut ramai pengkaji politik tanah air mendakwa kemengan PKR adalah berdasarkan pengaruh golongan atas pagar yang sudah muak dengan cara tadbir kerajaan BN. Justeru, dengan memainkan beberapa sentimen di media kongkongan mereka; pasti akan memberi sedikit anjakan politik.

Saya sendiri berpendapat bahawa beberapa langkah kerajaan seperti menaikkan beberapa harga barang adalah antara strategi menuju pilihanraya. Mengapa naikkan harga barang boleh memberikan mereka anjakan politik?

Jawapan saya kepada soalan tersebut adalah 'dengan menaikkan pelbagai harga seperti minyak dan pelbagai harga barang keperluan lain adalah punyai 2 keperluan. Iaitu 1. untuk mendapatkan dana untuk pilihanraya. dan yang ke 2. ialah apabila musim pilihanraya mereka akan menurunkan harga barangan terutama harga minyak. Ia akan terkesan kepada setiap rakyat kebanyakan tentang betapa lulurnya hati pemimpin BN untuk menurunkan harga barang terutama minyak. Sudah pasti bila sekarang perlukan RM60 untuk penuhkan tangki sebuah kereta Myvi terasa beban. Dan kiranya kerajaan BN menurunkan harga minyak sudah pasti rakyat akan sangat terkesan terutama apabila boleh penuhkan tangki Myve hanya dengan kadar RM35-40 sahaja. Kemudian, APCO pasti akan memberikan nasihat kepada PM agar selepas itu seluruh anggota mentri kononnnya dikalangan mereka yang digambarkan bersih atas sebab kerajaan kali ini sangat serius untuk mengurus tadbir negara dengan baik dan ikhlas. Sekiranya 30% pengundi atas pagar termakan dengan janji tersebut sudah cukup untuk memberikan kemangan selesa kepada BN walaupun di negeri Selangor yang dipelopori oleh PKR.

Justeru, saya secara peribadi memohon agar setiap ahli termasuk kepimpinan di setiap peringkat haruslah fokus, bijak mengatur langkah dan melupakan kepentingan peribadi. Kepada beberapa individu yang masih lagi merungut ala anak-anak hingusan agar hentikanlah. Bagi saya, janji saudara harus dikota. Dan saya masih ingat bahawa janji saudara untuk kembali dalam perjuangan bersama walaupun kalah untuk sama-sama bergandingan dengan si pemenang. Akan tetapi setelah mendapati diri kalah, lain pula. Mana janji sewaktu sesi debat tempohari!!

Manakala si pemenang pula janganlah bergerak terlalu perlahan. PRU13 makin hampir. Saudara harus bergerak lebih cepat dari zaman!! Para penggerak beliau juga harus bergerak mengiringinya. Bukan masa untuk minta si pemenang projek kerna telah pastikan dia menang!!

.....mendepani zaman....
          -zackzaihan-