14 Oktober 2010 bertempat di Hotel Novo Park, Batu Pahat telah pun berlangsung apa yang saya gelar sebagai Debat Calon Ketua AMK Round 2 yang akhirnya hanya calon berani sahaja yang tampil iaitu Sdr Rafizi Ramli dan Sdr Hasmi Hashim. Calon-calon lain mendapat perkabaran daripada sdr penganjur berkata bahawa Chegubard memberi alasan berada di negeri seberang dan Sdr Sam pula menolak kemungkinan untuk hadir ke program tersebut sama seperti program anjuran di Taiping tempohari atas alasan gagah seorang pejuang muda iaitu beliau tiada minat untuk mengekalkan keselesaan diri di posisi lama. Sebaliknya beliau ingin meneroka selangkah lagi tapak ke tebing lebih tinggi. Beliau impikan kerusi Naib Presiden.
Walaupun hanya yang tampil adalah 2 tokoh besar AMK ini, iainya sangat mengujakan apabila diadakan di sebuah tanah negeri yang lahirnya ramai pejuang-pejuang besar. Diadakan pula di daerah Batu Pahat yang terkenal dengan sejarah asal pembabitan rakyat dalam memperjuang kemerdekaan. Nama-nama seperti Dato' Onn Jaafar, Kiyai Salleh (Ketua Pendekar Selimpang Merah) dan ramai lain antaranya yang saya perolehi dari carian 'google' adalah http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahat. Dan yang menarik tentang Bandar Penggaram (nama asal Batu Pahat) ini juga dikaitkan dengan nama-nama besar tokoh pembangkang yang dikatakan dilahirkan sendiri melalui wikipedia tersebut adalah Y.B. Lim Kit Siang, Y.A.B. Lim Guan Eng, Y.B. Tony Phua, M.P. PJ Utara dan lain-lain.
Program malam ini dimulakan oleh Pengerusi Cabang yang banyak berjasa memperjuangkan rakyat di Batu Pahat dan Johor iaitu Tn. Syed Hamid Ali membuka majlis dengan dorongan dan nasihat yang jitu. Penghargaan juga saya tuju buat diri beliau yang telah banyak berjuang atas nama perjuangan rakyat tanpa mengenal erti jemu. Beliau sangat berkenan dan gembira apabila diberitahu anak-anak muda bandar ini bersedia menuju perubahan dengan mengambil iktibar mengadakan program tersebut yang akhirnya hanya menampilkan 2 orang calon pemberani sahaja. 'Jaguh Jalanan' Chegubard tidak menghadiri debat Round 2 ini atas sebab-sebab ada agenda lain mungkin?......
Selepas,itu program juga memberi peluang kepada calon-calon exco AMK Pusat yang bertanding untuk memberikan sedikit pengenalan diri serti visi dan cita-cita mereka. Ianya bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada sekalian anggota AMK yang hadir. Keperluan itu adalah sangat penting untuk setiap anggota sebelum menyerahkan diri mereka kepada pemimpin pilihan masing-masing.Tidak lupa juga Sdr Zabidie selaku Ketua AMK Johor juga memberikan aluan.
Kemudian, Sdr Rafizi Ramli telah memberikan ucapan dasar mengenai menifestonya. Dan seperti biasa beliau telah mengemukan agenda reformasi dari timnya. Menurutnya, dengan rendah diri "Generasi Reformasi ini mewakili suara anak Malaysia yang mahukan perubahan dinamik secara berterusan demi kesejahteraan rakyat... sekarang kebanyakan golongan muda sedang menghadapi risiko 'bankrap', jadi isu-isu yang menarik minat golongan muda seperti kos sara hidup, kerjaya, pendapatan berkualiti, kebebasan internet dan pembiayaan pendidikan adil ini perlu dibawa sama tinggi dengan isu-isu tradisional AMK."
Pendapat saya tanpa prejudis melihat idea dan pengembangan matlamat Sdr Rafizi Ramli jelas dan bersedia untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh golongan muda. Hujah-hujah yang beliau sampaikan adalah lengkap dan sangat menyakinkan bahawa beliau seorang yang berpijak dibumi yang nyata. Semangatnya terbuka dalam berhadapan dengan tohmahan dan soalan-soalan nakal daripada sahabat-sahabat AMK yang ada.Kehangatan dewan terus dirancakkan dengan calon Ketua AMK dari negeri Johor, kelahiran Batu Pahat iaitu Sdr Hasmi Hashim. Seperti biasa lengok bahasanya sangat berbudaya serta kupasan-kupasan menarik mengenai Plato sebagai pembuka kata. Menurut beliau Plato adalah ahli falsafah terawal Yunani pernah mentafsir seorang pemimpin adalah seorang yang berjiwa besar, boleh berfikir untuk menghadapi zaman atau dikenali sebagai 'ziet giest', mampu merancang masa depan dan kehadapan. Itu faktor yang membezakan diantara pemipin dan tukang atau pekerja. Menurut Sdr Hasmi, kata Plato tukang pula adalah seorang yang sangat pandai bekerja, bergerak untuk bekerja dan memastikan segalanya terbaik untuk bekerja. Dan seorang tukang tidak mungkin menjadi pemimpin yang baik. Begitu juga seorang pemimpin tidak boleh dijadikan tukang yang terbaik.
Sdr Hasmi Hashim juga membawa seluruh dewan menyoroti sejarah pertembungan beliau dengan Sdr Sam sewaktu pemilihan yang lepas untuk merebut Ketua AMK Pusat. Kekalahannya 3 tahun lepas langsung tidak melemahkannya. Sebaliknya, beliau yakin bahawa Hasmi Hashim sebenarnya menang apabila idea yang dicanangkan pada pemlihan sudah iaitu melalui Gagasan Pencerah antaranya mahu setiap calon yang mahu bertanding peringkat tertinggi harus berdebat kemukakan hujah dan harapan terhadap jawatan yang ingin ditandingi.
Setelah kehangatan pidato dan hujah-hujah daripada seorang idealis ini. Dewan akhirnya tersentak apabila persona yang beliau tampil selama ini apabila beliau mengumumkan secara pertama kalinya mengenai pendirian beliau sama ada akan bertanding jawatan Ketua AMK atau tidak. Kenyataan media yang dikeluarkan daripada pejabat beliau tempoh hari masih bersifat teka-teki. Namun, malam tadi memecah kebuntuan apabila beliau secara jantan memaklumkan para hadirin bahawa beliau tidak akan bertanding Ketua AMK sebaliknya akan menumpukan perhatian penuh kepada perebutan tempat di Majlis Pimpinan Pusat atau MPP.
Berita itu disambut dengan penghargaan yang tertinggi daripada warga muda Batu Pahat walaupun ramai penyokong-penyokongnya masih setia mahu beliau bertanding sebagai Ketua AMK. Ini kerana tokoh idealis dan sosok seperti adalah sukar untuk dijumpa zaman edan ini. Namunbegitu, akhirnya mereka akur dengan keputusan Sdr Hasmi tersebut. Selepas tamat program saya sempat berbincang seketika dengan beliau mengenai masa depan politiknya. Dan beliau menjawab mudah bahawa "politik itu bukan larian deras (speed run) sebaliknya ia suatu larian yang panjang (marathon)......dan saya menambah lebih laju dan deras larian anda lebih banyak 'energy' digunakan....lebih banyak 'energy' digunakan lebih banyak ATP (struktur jenis tenaga dalam sains)...dan bila ATP habis secara tiba-tiba....maka otot akan kejang....sebab itu pelari deras (speed runner) lebih kerap kejang berbanding pelari marathon.....Dan melalui konotasi dan metafora pelari itu saya belajar sedikit mengenai perjalanan politik.
Program malam itu juga diserikan dengan kehadiran bekas Ketua AMK Johor dan kini Naib Ketua AMK Malaysia iaitu Y.B. Amirudin Saari.
No comments:
Post a Comment