Semalam telahpun mendapat berita mengenai amaran Menteri berkait dengan IPT iaitu Datuk Khalid Nordin kepada sekalian mahasiswa agar tidak terlibat dengan Pilihanraya Kecil DUN Galas di Kelantan dalam beberapa minggu akan datang. Namun, setelah mendapat kritik hebat dari orang-orang dalam partinya sendiri mahupun dari luar Datuk ini akhirnya menukar 'statements' begini pula "...kononnya mahasiswa boleh saja terlibat dengan politik tetapi hanya boleh mendengar sahaja....usik tak bole....."....(cisss...kata hatiku...)
Namunbegitu, mahasiswa hari ini begitu kuat dan semakin bersatu terutama setelah 'Kes Perempuan PUAKA di UM' dan 'Kes UKM 4' telah membuka mata banyak pihak terutama kalangan mereka yang bergelar mahasiswa. Mereka bukan lagi mahasiswa persis awal tahun 2000 yang sangat lesu dek tekanan yang sangat menekan. Mahasiswa masa kini lebih lebih berani mungkin sebab tekanan harian yang melampau membuatkan mereka terpaksa 'survival'.
Mahasiswa juga adalah majoriti daripada golongan muda diantara 19-28 tahun. Sewaktu umur begini kebanyakan mahasiswa masih mewarisi sifat 'rebellious' golongan muda. Semakin dilarang semakin mereka cuba untuk melakukannya. Namunbegitu, kalangan mahasiswa adalah golongan yang terpelajar dan masih belajar. Jadi, saya sangat percaya mereka tidak akan 'rebel' tentang sesuatu yang sia-sia atau tanpa hala tuju. Sudah pasti mereka bijak dalam memilih jalan rebel mereka.
Syabas saya ucapkan kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia melalui Setiausahanya Sdr. Mohd Ridzuan Othman berkata arahan Menteri tersebut bukan mutlak yang perlu diikuti oleh setiap mahasiswa dan beliau juga memaklumkan kepada pihak media bahawa SMM telah mengenalpasti lebih 2000 mahasiswa dari seluruh IPT di semenanjung akan turut serta memeriahkan PRK DUN Galas.
Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya ingin menyampaikan mesej dengan jelas kepada Menteri bahawa mahasiswa bukan lagi anak-anak kecil yang boleh diperintah sesuka hati dan ditakut-takutkan dengan sedemikian rupa. Sebaliknya, gabungan mahasiswa ini akan memberikan kuasa ke-3 rakyat di PRK DUN tersebut. Selain itu, SMM juga berharap Khaled menyemak Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan membezakan antara sistem politik dengan parti politik.
Justeru, saya sebagai bekas pemimpin pelajar juga meresakan sudah masanya belenggu yang menyebabkan kematangan dan kewarasan mahasiswa selama ini dilerai. Harus mengapa AUKU terus dijadikan dan dipergunakan oleh sang pemerintah kepada pemimpin dan pelajar yang tidak sealiran dengan mereka? Sedangkan di media massa dan elektronik sering menggambarkan bahawa golongan mahasiswa sedia dibelakang pemerintah. Itukan ANEH?
Akta ini sebenarnya antara punca dan sebab graduan tempatan agak terkebelakang jika di bezakan dengan graduan luar. Minda mereka lebih terbuka.....Jika tidak percaya sila lihat sekeliling anda...bezakan antara rakan-rakan sekerja yang 'graduate local' dan 'oversea'....nescaya graduan luar negara punya persepsi yang lebih terbuka dalam penyelesaian-penyelesaian kes-kes berkaitan kerja. Dan tidak kurang juga graduan tempatan agak rasa 'inferior' dalam perhubungan dalam sekerja. Ini mungkin disebabkan faktor sistem pendidikan di universiti tempatan yang terikat dengan AUKU. Terkadang perbincangan ilmiah yang melibat pemimpin politik yang mungkin mahu hadir sebagai kapasiti kepakarannya juga tidak boleh dianjurkan selagi politikus itu adalah dari parti lawan.
Buat masa ini, saya hanya ingin mengupas apakah AUKU yang selama ini jelas menjadi akta yang 'non-huminitarian'!!!
Apakah AUKU?
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.
Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
- penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
- penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
- Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
- menyiasat,
- menjalankan pendakwaan,
- mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
- membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
- Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
- Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
- Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
- Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
- amaran;
- denda;
- dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
- digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
- dipecat dari universiti.
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.
No comments:
Post a Comment