Sebentar tadi beliau muncul dengan Sidang Medianya sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di Klang terpaksa dibatalkan di saat akhir atas beberapa sebab.
"...Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008. Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat iaitu akuan bersumpah yang kononnya dipaksa melalui orang-orang kuat DSAI untuk menyatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh DSAI.
Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.
Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.
Bagi saya setelah meneliti Sidang Media tersebut, sebenarnya Rahimi tidak pernah atau menyebut secara sengaja atau tidak bahawa beliau juga diliwat oleh DSAI seperti yang telah digembar-gemburkan oleh 'cyber troopers' UMNO di laman-laman sesawang mereka.
Cuba lihat sorotan informasi berkaitan Sdr Rahimi ini:
1. Rahimi adalah rakan kepada Saiful Bukhari Azlan serta pernah bersekolah bersama.
2. Rahimi juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Saiful untuk berkerja di Pejabat DSAI.
3. Rahimi memaklumkan bahawa beliau dipaksa untuk membuat dua akaun bersumpah atas arahan orang-orang DSAI. Siapa orang yang dimaksudkan tidak pula diberitahu.
4. Rahimi juga tidak SEBUT pun dalam sidang akhbar tue bahawa dia diLIWAT oleh DSAI.
5. Rahimi cuma buat penafian bahawa dia TIDAK meliwat SAIFUL BUKHARI AZLAN.
6. Dalam Sidang Media atau PC tersebut, Rahimi cuma sempat menerangkan bahawa dia membuat laporan polis berhubung isu akaun bersumpah yang dia dipaksa untuk menandatangani bagi mengakui bahawa dia la yang meliwat Saiful.
Justeru, Sidang Media yang konon menggemparkan sekalian umat Malaysia ini mungkin hanya satu percaturan politik murahan untuk merendahkan dan menekan persaudaraan yang utuh dikalangan ahli dan anggota Pakatan Rakyat. Ini ditambah pula dengan PRK Galas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namunbegitu, tidak mustahil esok atau lusa muncul lagi pemuda ini dengan Sidang Media lagi dengan mendakwa beliau juga pernah di liwat oleh DSAI. Dan sekiranya UMNO dan BN semakin terdesak sudah pasti mereka akan mengusahakan apa sahaja agar kemaraan rakyat yang akan terkandas. Dan untuk memastikan kemaraan rakyat ini tidak menang, UMNO mesti menghentikan DSAI.
No comments:
Post a Comment