Carian

Kisah MEMALI

Thursday, November 11, 2010

PENDURJA PKR JOHOR: Drs Zaid (siri 1)


Dianggarkan seramai lebih 8000 orang telah hadir pada majlis Ramah Mesra Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi kemudian beliau muncul di Simpang Renggam. Kehadiran pengunjung sangat menakjubkan. Ini menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat negeri Johor sedang bersedia untuk berubah. Kepimpinan yang lesu dan pengurusan kerajaan yang lemah 'poor governance' menyebabkan ramai ahli masyarakat di Johor yang terkenal sebagai 'Serambi UMNO' mula goyah dengan pemimpin UMNO sedia ada. Skandal, rasuah, tidak menepati janji-janji manis piliharaya dan sebagainya adalah antara punca kepada keretakan hubungan diantara masyarakat negeri ini dengan pemimpin aristokerat UMNO.

DSAI sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil-wakil cabang untuk mendapatkan reaksi mengenai desas-desus bahawa sebahagian besar anggota parti menolak kepimpinannya. Namun adalah malang bagi 'si luncai' yang mendakwa anggota di negeri selatan ini sudah tiada mahu akan DSAI memimpin mereka. Sebaliknya, kepimpinan seluruhnya iaitu 23 daripada 24 cabang menyatakan pendirian bahawa DSAI memang diperlukan untuk memastikan parti milik rakyat ini terus ke Putrajaya dan Nusajaya. Kepimpinan peringkat MPN, cabang-cabang, AMK dan Wanita seluruhnya di negeri Johor ini masih menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kredibiliti dan intergriti DSAI.


Hadir sama beberapa pempimpin peringkat nasional untuk sama-sama meleraikan beberapa isu yang masih panas. Seperti diketahui umum, bekas Setiausaha MPN yang sebelum ini membuat kenyataan-kenyataan songsang telah pun menyatakan pendiriannya mengundurkan diri seperti dalam entri saya sebelum ini. Beliau yang dikenali sebagai Pak Ngah tidak kelihatan. Begitu juga dengan Drs Zaid, Ketua Penaja Cabang Ayer Hitam juga tiada nampak akan batang hidungnya sepanjang beberapa peristiwa di Johor semalam. Ini mengesahkan dan menyakinkan lagi bahawa memang ada pakatan konspirasi untuk menghalang kemaraan PKR di Johor.

Drs Zaid secara konsisten dalam laman blognya sejak 2006 menulis tentang keberkaitan 'MELAYU' seperti ketuanan Melayu dan sebagainya yang berkaitan. Justeru, sebab itulah beliau antara yang cukup lantang dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dalam PKR selama ini.Ia juga boleh dibuktikan dengan tulisan-tulisannya dalam blog beliau http://drszaid.blogspot.com/. Drs Zaid juga antara yang berperanan untuk merekrut anggota-anggota parti yang lain untuk turut sealiran dengan mereka. Menurut seorang teman yang pernah cuba di rekrut beliau menyatakan bahawa memang hujah-hujahnya berdasarkan beberapa persoalan yang berkait rapat dengan 'ketuanan Melayu', kepentingan Melayu bahkan sekiranya seseorang anggota yang semangatnya tidak kuat pasti akan terjerat untuk turut serta dalam perjuangan 'KETUANAN MELAYU' dalam PKR.

Dan pengalaman saya sendiri apabila berhadapan dengan AJK Cabang Parit Sulong yang sudah kami kenalpasti menjadi talibarutnya memang sangat berbeza cara fikir menjelang festival Pemilihan PKR 2010 berbanding sebelumnya. AJK tersebut telah pun menang tanpa bertanding untuk jawatan tertinggi dalam cabang dan juga mempersediakan timnya untuk merobohkan kekuatan cabang yang selama ini dibina terutama semenjak Hasmi Hashim mengambil alih pemerintahan Cabang. Beliau telah membuat perubahan besar pada Cabang. Jika dibanding beberapa tahun sudah saya juga tidak tahu akan kewujudan parti ini di Parit Sulong. Rupa-rupanya bila bergiat aktif di sini baru saya tahu bahawa beberapa orang lama parti sudah beberapa kali bertanding dalam pilihanraya. Tetapi, masyarakat mulai kenal dengan PKR Parit Sulong apabila Sdr Hasmi Hashim mula mentadbir parti ini di sini. Pejabat mula dibuka. Program seperti ceramah dan gerak kerja lain dimulakan. Masyarakat sekeliling mulai kenal PKR. Mereka mula tidak takut menyertai program kita saban hari bertambah pengunjung.

Saya tahu bahawa memang terdapat beberapa pertemuan diantara AJK cabang yang saya maksudkan dengan Drs Zaid dan Pak Ngah. Bahkan semasa sesi pemilihan cabang yang lalu telah terganggu oleh kehadiran seorang ahli PAS yang mendakwa beliau adalah Setiausaha Jawatankuasa PR Tawan Johor dimana Dato Chua Jui Ming tiada mengetahui akan hal tersebut. Beliau datang pada majlis pemilihan tempohari dan menganggu proses. Dan ia menyalahi etika kesepakatan yang dipersetujui oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Adalah tidak senonoh juga apabila ahli parti lain cuba mencampuri urusan parti kawan. Menjadikan beliau kelihatan lebih bobrok apabila beliau dengan ego secara terangan memaklumkan kepada kami bahawa beliau mendapat arahan daripada Pak Ngah untuk memantau Pemilihan Cabang hari itu. Dalam pada waktu perbincangan, dengan kuasa Allah SWT menunjukkan kami bahawa memang ada pakatan untuk merosakkan parti oleh pihak tertentu apabila beliau dihubungi oleh Drs Zaid dihadapan kami. Dan ahli PAS ini dengan lagaknya membuat laporan mengenai perjalanan pemilihan cabang ini.

Selain itu, beberapa cabang lain turut hampir musnah akibat pendurjanaan yang dilakukan oleh Drs Zaid dan Pak Ngah. Modus Operandi mereka cukup mudah iaitu dapat kepercayaan daripada anggota, mengemukakan hujah-hujah yang pesong dan menyebabkan rasa sangsi terhadap parti. Selain itu, isu pemimpin Cina akan mengambil alih parti ini juga turut dipermainkan. Oleh itu, bertepatan juga perjuangan mereka apabila DSAI melantik DCJM sebagai Pengerusi MPN. Natijahnya, kekuatan mereka kian bertambah dengan nilai-nilai yang dipermainkan menyebabkan ramai juga teman-teman di Johor turut goyah. Tetapi, Alhamdulillah apabila kita menghidu pendurjanaan tersebut terus kami bergerak daripada 1 cabang ke cabang lain untuk meredakan keadaaan. Walaupun ramai yang sudah ke pangkal jalan. Tetapi, masih ada diantara mereka yang berkeras untuk berterusan begitu. Golongan ini memang tidak ramai. Akan begitu bakal menimbulkan pelbagai kekacauan dalam parti kelak. Dan mereka ini mulai menular di Parit Sulong. Insyaallah, saya pohon Allah SWT perkuat semangat saya untuk berhadapan dengan pendurja ini dengan tabah dan istiqamah. Semoga mereka akan kembali kepada kita.

Justeru, saya dengan ini melancarkan KEMPEN MEMRANGI PENDURJA. Dan beliau yang dimaksudkan adalah Drs Zaid. Saya akan terus konsisten mengalu-alukan agar jenis ini untuk melangkah keluar daripada parti. PKR parti milik rakyat, PKR parti milik semua, PKR milik anak2 penoreh, pesawah, petani, peguam, doktor dan lain-lain.... PKR bukan milik MELAYU!!! PKR tidak perjuang ASSABIYYAH....

Kalau MELAYU yang dipilih silalah sertai PERKOSA atau UMNO....!!

Saya akan terus menganalisis tokoh2 lain yang terlibat dalam tim PENDURJA di masa depan. Nantikan ISNIN ini....

...mendepani zaman...
      -zackzihan-

1 comment:

  1. keluarkan jer smua parasit2 tu x kira mana parti mana kecuali BN ler.....lg byk parasit dlm BN lg bagus

    ReplyDelete