Carian

Kisah MEMALI

Tuesday, November 30, 2010

KETUANAN MELAYU: Sejak Bila Mahu Pertahan Hak Melayu??



Walaupun Kongres PKR ke 7 yang baru tamat Ahad lepas, namun pihak massa seliaan parti pemerintah masih tidak cukup-cukup menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR. Pada hari Ahad juga sebenarnya berlaku peristiwa bersejarah berkaitan rakan pakatan rakyat yang lain juga iaitu pemilihan DAP peringkat negeri Selangor yang menyaksikan Pengerusi Negeri sebelumnya Ean Yong telah digantikan oleh Teresa Kok tiada dapat liputan sangat berbanding Kongres PKR itu. Hal demikian berlaku sudah tentunya kerana sikap pemimpin UMNO yang kurang selesa dengan perkembangan menakjubkan parti pilihan rakyat ini telah berjaya melakar sejarah politik negara apabila berjaya melaksanakan Pemilhan Peringkat Cabang (bahagian) dan Pusat melalui cara 1 anggota (ahli) 1 undi. 


Walaupun, peratusan mengundi tidak menepati sasaran ia masih lagi hebat. Dan setiap pemenang terutama peringkat pusat boleh mendabik dada berbanding pemimpin UMNO. Hal ini kerana mereka menang dalam jumlah undi yang lebih banyak berbanding pemimpin UMNO yang hanya menang berdasarkan jumlah total perwakilan UMNO yang hanya 3000-5000 orang mungkin. 


Pon begitu, massa yang dikongkong telah diperalat untuk pastikan terus-terusan menyerang PR khususnya PKR. Dan kali ini isu KETUANAN MELAYU sekali lagi dipermainkan oleh mereka dan mangsa yang dipilih kali ini adalah Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ini adalah tempelak ke atas ucapan Kak Wan pada Ucapan Dasar Presiden semasa merasmikan Kongres pada hari pertama. Kak Wan menyeru agar Ketuanan Melayu terus dimansuh sebaliknya harus diangkat Ketuanan Rakyat dan slogan "Melayu Bermaruah" lebeh sesuai untuk memartabatkan bangsa Melayu. Natijah daripada ucapan itu, telah dikerah habis-habisan seluruh 'machinery' yang mereka ada. Baik TV1, TV3, Utusan Mealaysia dll tidak dilupa juga blogger-blogger upahan mereka untuk menyerang Kak Wan atas isu tersebut.


Yang menjadi keanehan bagi saya, selain daripada unsur-unsur daripada luar parti terus menghangatkan isu tersebut terdapat juga segelintir SAMPAH-SAMPAH dalam parti turut mengambil kesempatan untuk panaskan isu tersebut. Dan seperti jangkaan saya adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat iaitu Drs Zaid yang kini menjadi Ketua Penaja PKR Cabang Ayer Hitam turut mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadapa perjuangan parti serta Presiden di dalam akhbar 'Sinar Harian' versi Johor keluaran hari ini 30 November 2010. Beliau adalah antara DEDALU-DEDALU politik yang tiada beza dengan sampah sarap busuk yang ada dalam rumah. Dan secara terus menerus beliau mempertikai keputusan parti. Dan beliau juga diantara yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran songsang KETUANAN MELAYU didalam PKR khususnya di Johor. Justeru, orang sepertinya harus dipastikan untuk tiada tempat dalam parti berbilang kaum ini. Parti ini milik semua....parti ini bukan milik Melayu!!!...PKR perjuangkan semangat RAKYAT!! mahu perjuang ketuanan Melayu pergi balik rumah lama!!!

Justeru, saya ingin mengajak sdr/i pembaca blog saya ini untuk menyoroti maksud dan makna Ketuanan Melayu tersebut mengikut persepsi berdasarkan pengalaman, pembacaan dan sumber-sumber lain.


Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.


Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.


.....mendepani zaman....
          -zackzaihan-

1 comment:

  1. Tak nak tunjuk gambar rumah azmin N anuar ke? berapa juta? dari mana dapat duit sebanyak tu? cakap tak serupa bikin, SPIN ti SPINING..2x5x2..cakap guna pala hotak bukan pala lutut bro..

    ex PKR-parti kencing rakyat, peliwat tegar & seks kronik.

    ReplyDelete