Salam sejahtera kepada sekalian pembaca. Terlebih dahulu saya menyusun seribu kemaafan kerana tiada kuasa untuk 'update' blog ini dalam tempoh hampir 2 minggu. Hal tersebut adalah disebabkan oleh masa yang saya ada saban hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti hakiki saya di tempat mencari rezeki. Setelah beberapa ketika sejak sebelum mula penamaan calon di peringkat Cabang sehingga MATC dan kemuncaknya pada hari penerimaan pencalonan bulan lalu, saya telahpun meninggalkan punca rezeki saya ini beberapa minggu demi untuk sama-sama memeriahkan kempen Pemilihan PKR 2010.
Sehingga sebelum saya kembali ke pejabat pada 2 minggu lalu, segala kerja dan pengurusan perniagaan saya ini diurustadbir oleh staf-staf yang sangat efektif, kuat semangat serta punya wawasan yang jitu. Memiliki mereka sebagai staf adalah satu anugerah tuhan yang paling besar yang pernah saya perolehi. Mereka adalah graduan universiti tempatan yang mempunyai daya fikir yang sama dengan Dr. Ing. Norbert Reithofer (CEO, BMW) . Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana sepanjang ketiadaan saya mereka telah berjaya meningkatkan prestasi perniagaan saya dengan baik. Jasa anda dikenang (....bonus kena tunggu bulan Disember 2010...heheh)
Ketika ini saya mengendalikan beberapa perniagaan yang tak seberapa tetapi mampu menampung diri saya dan keluarga selain memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan. Dan perniagaan tersebut adalah seperti berikut iaitu BIZMOM Corp., Sports Galaxy dan Galaxy Niaga.
Sports Galaxy pula telah ditubuhkan sejak tahun selepas saya tamat universiti dengan tujuan untuk membina sebuah pusat permainan futsal di satu tempat yang saya fikirkan sangat strategik di selatan tanah air. Namunbegitu, saya melaluinya dengan perit getir dan dugaan yang sangat kuat. Saya telah belanjakan hampir RM30k hasil simpanan sendiri serta pinjaman daripada ayahanda dan bonda. Walaupun ketika itu, harapan kedua orang tua saya ingin melihat saya menjadi pegawai 'gomen' tampak hampa. Seperti dalam blog tempohari (http://mohdzaihan.blogspot.com/2010/09/pengenalan-diri-siri-1-hari-hari.html), ayahanda adalah pesara kerajaan. Dan segala kenikmatan dan 'special' sebagai penjawat awam itu telah dirasai. Oleh itu, seperti ibubapa yang pernah menjadi penjawat awam lain juga mahukan anak-anak mereka menjadi gomen. Tambah membahagiakan apabila anak-anak menjawat jawatan lebih baik daripada mereka. Ia juga terjadi kepada bonda dan ayahanda saya. Memang boleh lihat dari riak wajah mereka yang seperti tidak merestui niat saya tika itu untuk menjalankan perniagaan. Tambah pula umur setahun jagung dan tidak pernah bekerja terus mahu usahakan pusat futsal hanya dengan bekal teori kelas di universiti semata-mata.

Selain itu, Galaxy Niaga adalah satu lagi wadah untuk saya mencari rezeki yang menguruskan segala bentuk perniagaan yang berkait rapat dengan 'tender' daripada kerajaan. Galaxy Niaga mempunyai daftar Kementerian Kewangan pada membekal (01) Bahan Bacaan dan Alat Tulis, (02) Alat Kelengkapan Pejabat dan Kediaman, (05) Keluaran Jahitan, (7) Kelengkapan Sukan, Cenderamata & Muzik, (08) Makanan dan Minuman, (09) Peralatan Hospital dan Ubat-ubatan, (13) Kelengkapan Kemudahan Awam, (18) Mesin dan Peralatan Kejuruteraan. Justeru, saya mohon sahabat-sahabat yang berminat bolehlah menghubungi saya sekiranya terdapat sebarang tender di pejabat sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya, barang siapa yang membantu kami mendapatkan tender tersebut akan diberi insentif dan kami tidak mahu rasuah dan memberi rasuah. Tender ikut jalan yang betul, kita 'supply' jalan betul. Dan insentif diberi atas inisiatif sahabat-sahabat memberikan lorongan buat kami. Dan insentif diberi daripada keuntungan yang kami perolehi dan bukan daripada mengurangkan kualiti supaya kami masih peroleh keuntungan dan dalam masa yang sama insentif diberi.
Kini saya berada di HQ BIZMOM di Seri Kembangan untuk menyiapkan beberapa proposal projek yang akan dibentang bulan hadapan. Dan ketika blog ini ditulis saya agak sudah ada masa untuk mula menulis kembali.
Justeru, oleh sebab itulah saya agak terpinggir dalam terus menulis dan komen mengenai isu-isu terkini. Namun, suasana tanah air dan isu terkini tidak saya letak di tepi.
Sekian,
...mendepanai zaman....
-zack zaihan-
http://galaksisukan.blogspot.com/2009/04/latarbelakang-sukan-futsal.htmlhttp://mybizmom.com/distributors/business-opportunities/
No comments:
Post a Comment