Carian

Kisah MEMALI

Tuesday, November 30, 2010

Gambar Sekitar Kongres















Resolusi Persidangan Menteri Besar, Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat



Oleh Suara Keadilan


Resolusi Persidangan Menteri Besar, Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 29 November 2010 - “Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.  
Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:
Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.

Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat;  berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri;  dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat. 

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat,


Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

KETUANAN MELAYU: Sejak Bila Mahu Pertahan Hak Melayu??



Walaupun Kongres PKR ke 7 yang baru tamat Ahad lepas, namun pihak massa seliaan parti pemerintah masih tidak cukup-cukup menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR. Pada hari Ahad juga sebenarnya berlaku peristiwa bersejarah berkaitan rakan pakatan rakyat yang lain juga iaitu pemilihan DAP peringkat negeri Selangor yang menyaksikan Pengerusi Negeri sebelumnya Ean Yong telah digantikan oleh Teresa Kok tiada dapat liputan sangat berbanding Kongres PKR itu. Hal demikian berlaku sudah tentunya kerana sikap pemimpin UMNO yang kurang selesa dengan perkembangan menakjubkan parti pilihan rakyat ini telah berjaya melakar sejarah politik negara apabila berjaya melaksanakan Pemilhan Peringkat Cabang (bahagian) dan Pusat melalui cara 1 anggota (ahli) 1 undi. 


Walaupun, peratusan mengundi tidak menepati sasaran ia masih lagi hebat. Dan setiap pemenang terutama peringkat pusat boleh mendabik dada berbanding pemimpin UMNO. Hal ini kerana mereka menang dalam jumlah undi yang lebih banyak berbanding pemimpin UMNO yang hanya menang berdasarkan jumlah total perwakilan UMNO yang hanya 3000-5000 orang mungkin. 


Pon begitu, massa yang dikongkong telah diperalat untuk pastikan terus-terusan menyerang PR khususnya PKR. Dan kali ini isu KETUANAN MELAYU sekali lagi dipermainkan oleh mereka dan mangsa yang dipilih kali ini adalah Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ini adalah tempelak ke atas ucapan Kak Wan pada Ucapan Dasar Presiden semasa merasmikan Kongres pada hari pertama. Kak Wan menyeru agar Ketuanan Melayu terus dimansuh sebaliknya harus diangkat Ketuanan Rakyat dan slogan "Melayu Bermaruah" lebeh sesuai untuk memartabatkan bangsa Melayu. Natijah daripada ucapan itu, telah dikerah habis-habisan seluruh 'machinery' yang mereka ada. Baik TV1, TV3, Utusan Mealaysia dll tidak dilupa juga blogger-blogger upahan mereka untuk menyerang Kak Wan atas isu tersebut.


Yang menjadi keanehan bagi saya, selain daripada unsur-unsur daripada luar parti terus menghangatkan isu tersebut terdapat juga segelintir SAMPAH-SAMPAH dalam parti turut mengambil kesempatan untuk panaskan isu tersebut. Dan seperti jangkaan saya adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat iaitu Drs Zaid yang kini menjadi Ketua Penaja PKR Cabang Ayer Hitam turut mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadapa perjuangan parti serta Presiden di dalam akhbar 'Sinar Harian' versi Johor keluaran hari ini 30 November 2010. Beliau adalah antara DEDALU-DEDALU politik yang tiada beza dengan sampah sarap busuk yang ada dalam rumah. Dan secara terus menerus beliau mempertikai keputusan parti. Dan beliau juga diantara yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran songsang KETUANAN MELAYU didalam PKR khususnya di Johor. Justeru, orang sepertinya harus dipastikan untuk tiada tempat dalam parti berbilang kaum ini. Parti ini milik semua....parti ini bukan milik Melayu!!!...PKR perjuangkan semangat RAKYAT!! mahu perjuang ketuanan Melayu pergi balik rumah lama!!!

Justeru, saya ingin mengajak sdr/i pembaca blog saya ini untuk menyoroti maksud dan makna Ketuanan Melayu tersebut mengikut persepsi berdasarkan pengalaman, pembacaan dan sumber-sumber lain.


Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.


Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.


.....mendepani zaman....
          -zackzaihan-

KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2010


PROMOSI BIZMOM
BIZMOM mengadakan PROMOSI di karnival ini dalam usaha untuk terus memperkenalkan beberapa produk baru BIZMOM.

Pelbagai barangan dijual pada harga yang sangat murah berbanding hari biasa di outlet!!

Jangan lepaskan peluang...mari turun dan datang ke Kajang untuk sama-sama raikan karnival dan bole rasa pelbagai rasa sate!! dan jangan lupa untuk datang terus ke booth BIZMOM!!

Potongan sehingga 70% pelbagai barangan baby dan keperluan ibu. Dapatkan Lampin Moden / Cloth Diapers pada RM26** untuk 50 pelanggan pertama!!

hubungi 0133809717 / 0122645857 / 0192910304

Karnival Sate Kajang
Sate Kajang adalah merupakan salah satu makanan yang paling popular di Bandar Kajang dan ianya merupakan salah satu produk pelancongan Bandar Kajang.Justeru itu buat julung kalinya akan diadakan Karnival ini bagi menghargai peranan pengusaha sate kajang yang telah memperkenalkan sate di Bandar Kajang.Karnival ini berkonsepkan santai sambil berhibur dengan mengabungkan aktiviti sukan,kebudayaan,kesenian dan sosial dalam membina pengukuhan perpaduan pelbagai kaum dan institusi kekeluargaan dengan penglibatan komuniti disekitarnya dalam karnival ini.Karnival ini akan berlangsung pada 3,4 & 5 Disember 2010 bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 malam.

Pelbagai acara dan aktiviti akan disediakan untuk pengunjung seperti Pertandingan Idola Kecil,Kajang Idol,Mewarna,Futsal Padang,Bola Jaring,Permainanan Rakyat,Kompang Berirama,Mengukir Buah,Memasak.Raja Sate.Menganyam Ketupat,Mencucuk Sate dan Autoshow Kereta/Skuter/Klasik.

Selain itu juga terdapat beberapa pertunjukkan seperti Belon Panas.Seniman Jalanan,Tarian dan Muzik,Gerai Jualan dan Pameran,Gerai Promosi Penaja,Persembahan Artis TanahAir dan Pembakaran Pelbagai Jenis Sate (Malaysia Book of Records).Datanglah Beramai-ramai dan menangilah pelbagai hadiah yang disediakan.MASUK ADALAH PERCUMA

Wednesday, November 17, 2010

MB Selangor: Segera Tukar Kerna Perkaya diri dan keluarga



1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings. 

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanahyang memberi keuntungan minimum RM20 juta. 

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. 

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. 

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen. 

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun. 

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000. 

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi. 

7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada. 

8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering. 

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd.Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS? 

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan.Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan. 

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB. 

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam. 

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor. 

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya. 

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya,Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya. 

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang." 

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir. 

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia,sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya. 

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco. 



....mendepani zaman....
         -zackzaihan-

Tuesday, November 16, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pt Sulong

Salam sejahtera kepada semua terutama anggota-anggota PKR Cabang Pt Sulong. Dengan ini dimaklumkan bahawa pemilihan parti peringkat Cabang dan Pusat akan dilangsungkan pada tarikh dan tempat tertera:

Tarikh: 21 November 2010
Hari: Ahad
Waktu : 10pg-4petang
Lokasi : TNB SBL62, Semerah Laut, 83600 Semerah, Batu Pahat (berhampiran rumah Sdr Azmi)
Hubungi : 0133809717 / 012 7577032

Dimaklumkan juga bahawa surat jemputan atau notis mesyuarat tidak akan diedarkan berdasarkan makluman daripada JPP secara verbal dan melalui surat di bawah (lihat pada no 4). Telah dinyatakan bahawa segala syarat-syarat adalah seperti notis yang terdahulu. Jadi, pengurusan cabang hanya diminta untuk mempamerkan samada poster / kain rentang / bunting di tempat awam.

Selain itu pihak kami juga telah memaklumkan melalui media di akhbar Sinar Harian pada hari Jumaat lalu 12 hb November 2010. 

Justeru, diharap tiada sebarang masalah untuk setiap anggota menjalankan tanggungjawab untuk mengundi kepimpinan anda sama ada di peringkat Cabang dan MPP. Saya berharap tiada halangan untuk setiap anggota untuk memeriahkan temasya demokrasi yang akan berlangsung nanti.

Sebarang masalah dan persoalan harap dapat terus di tujukan kepada saya di talian 0133809717.

Sekian Trimas.
MOHD ZAIHAN M ZAINAL
Setiausaha Cabang PKR Pt Sulong
    ....mendepani zaman....


Sunday, November 14, 2010

PENDURJA PKR JOHOR: Drs Zaid (siri 2)


Salam sejahtera kepada sekalian pembaca. Minggu lalu saya telah mengupas serba sedikit berkenaan dengan perkembangan PKR di Johor. Ia adalah berikut pergolakan dalaman yang berlaku apabila beberapa kerat parasit telah pun ditemui, disahkan kewujudan mereka serta kepalanya yang akhirnya mengalah dengan desakan. Jadi, kali ini saya ingin mengupas sedikit lagi berkaitan dengan salah seorang daripada parasit hidup yang dimaksudkan iaitu Drs Zaid.

Beliau dilaporkan oleh unit risikan sebagai seorang pemikir kepada tim penghancur PKR di negeri Johor. Peranan sebagai seorang perancang strategik menjadikan beliau adalah 'source' utama pihak lawan untuk mendapatkan pelbagai info serta rahsia dalaman PKR negeri. Selain itu, Drs Zaid juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan seorang anggota PDRM berpangkat pegawai tinggi di salah satu daerah di negeri Johor. Hubungan mereka bukan setakat kawan bahkan mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan perjalanan politik beliau.

Saya bukan berhajat untuk mengaibkan sesiapa dalam tulisan saya. Dan selama ini tiada pernah saya berbuat demikian kerna budaya politik yang saya belajar bukan dengan cara menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri. Akan tetapi, isu ini perlu saya bangkitkan atas pertimbangan untuk memastikan pendokong-pondokong serta sahabat-sahabat dan ahli-ahli PKR mahupun PR di negeri Johor tidak condong melihat keadaan parti ini sebagai parti yang kucar-kacir. Sebenarnya perjalanan PKR sangat mengujakan sejak kebangkitan rakyat terutama selepas PRU12 yang lalu. Ketika itu, ramai ahli masyarakat terutama golongan muda sudah mula tiada perasaan malu untuk turut serta dalam pelbagai program kami di Johor.

Perkembangan positif ini membuatkan golongan aristokrat dan pembesar UMNO berasa gusar dan tidak tenang hati. Maka, mereka telah mengadakan perbincangan yang akhirnya berakhir dengan beberapa pendekatan. Dan salah satunya adalah strategi 'planted' seseorang yang ada kebolehan tertentu. Antara mereka yang dikenalpasti adalah Pak Ngah, (seorang guru penolong kanan ketika masuk PKR) dan Drs Zaid, (seorang doktor pakar). Pelan itu sebagai usaha untuk mendapatkan info serta menghalang kemaraan rakyat dengan cara memanipulasikan pelbagai sumber supaya parti kesayangan.

Kejayaan tim pemusnah PKR ini hampir berjaya apabila Pak Ngah dilantik sebagai Setiausaha MPN Johor semasa ianya dipengerusikan oleh Tn Hj Anuar Salleh. Sudah tentu pelbagai rahsia beliau peroleh dan kemungkinan besar ianya dilaporkan terus kepada MP Sembrong yang merupakan Naib Presiden UMNO. Sejurus selepas Dato Chua Jui Ming mengambil alih pentadbiran negeri telah mengenepikan Pak Ngah daripada pentadbiran negeri. Dan siebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada parti beberapa hari lalu.

Akan tetapi, Drs Zaid belum lagi membuat apa-apa keputusan sama ada mahu terus bersama parti atau akan melepaskan jawatan. Beliau ketika ini adalah Ketua Penaja Cabang Ayer Hitam yang dilantik Pak Ngah ketika dia menjadi Setiausaha MPN dahulu.

Peranan besar Drs Zaid adalah tentang strategi untuk melumpuhkan PKR dari dalam. Dan beliau diketahui bukanlah seorang askar sebaliknya general. Maka, siapakah askar-askar beliau dalam PKR Johor? Adakah askar-askar ini di dalam cabang-cabang?....

Jawapan saya, MEMANG ASKAR-ASKAR PEMUSNAH telah pun ada dalam setiap cabang di Johor. Mereka akan merosakkan setiap cabang dengan pelbagai muslihat. Justeru, sekiranya pembaca adalah kalangan AJK Cabang di Johor: saya pohon untuk lakukan selidik serta kaji latar belakang anggota di cabang anda terutama dikalangan AJK.

Selain itu, saya sekali lagi mendesak teman-teman dalam PKR untuk turut menolak Drs Zaid dan mulakan kempen untuk memastikan beliau keluar daripada PKR.

Sekiranya lambat kita bertindak, jangankan NUSAJAYA bahkan ke PUTRAJAYA pon tiada harapan!!!

....mendepani zaman...
       -zackzaihan-

Thursday, November 11, 2010

PENDURJA PKR JOHOR: Drs Zaid (siri 1)


Dianggarkan seramai lebih 8000 orang telah hadir pada majlis Ramah Mesra Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi kemudian beliau muncul di Simpang Renggam. Kehadiran pengunjung sangat menakjubkan. Ini menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat negeri Johor sedang bersedia untuk berubah. Kepimpinan yang lesu dan pengurusan kerajaan yang lemah 'poor governance' menyebabkan ramai ahli masyarakat di Johor yang terkenal sebagai 'Serambi UMNO' mula goyah dengan pemimpin UMNO sedia ada. Skandal, rasuah, tidak menepati janji-janji manis piliharaya dan sebagainya adalah antara punca kepada keretakan hubungan diantara masyarakat negeri ini dengan pemimpin aristokerat UMNO.

DSAI sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil-wakil cabang untuk mendapatkan reaksi mengenai desas-desus bahawa sebahagian besar anggota parti menolak kepimpinannya. Namun adalah malang bagi 'si luncai' yang mendakwa anggota di negeri selatan ini sudah tiada mahu akan DSAI memimpin mereka. Sebaliknya, kepimpinan seluruhnya iaitu 23 daripada 24 cabang menyatakan pendirian bahawa DSAI memang diperlukan untuk memastikan parti milik rakyat ini terus ke Putrajaya dan Nusajaya. Kepimpinan peringkat MPN, cabang-cabang, AMK dan Wanita seluruhnya di negeri Johor ini masih menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kredibiliti dan intergriti DSAI.


Hadir sama beberapa pempimpin peringkat nasional untuk sama-sama meleraikan beberapa isu yang masih panas. Seperti diketahui umum, bekas Setiausaha MPN yang sebelum ini membuat kenyataan-kenyataan songsang telah pun menyatakan pendiriannya mengundurkan diri seperti dalam entri saya sebelum ini. Beliau yang dikenali sebagai Pak Ngah tidak kelihatan. Begitu juga dengan Drs Zaid, Ketua Penaja Cabang Ayer Hitam juga tiada nampak akan batang hidungnya sepanjang beberapa peristiwa di Johor semalam. Ini mengesahkan dan menyakinkan lagi bahawa memang ada pakatan konspirasi untuk menghalang kemaraan PKR di Johor.

Drs Zaid secara konsisten dalam laman blognya sejak 2006 menulis tentang keberkaitan 'MELAYU' seperti ketuanan Melayu dan sebagainya yang berkaitan. Justeru, sebab itulah beliau antara yang cukup lantang dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dalam PKR selama ini.Ia juga boleh dibuktikan dengan tulisan-tulisannya dalam blog beliau http://drszaid.blogspot.com/. Drs Zaid juga antara yang berperanan untuk merekrut anggota-anggota parti yang lain untuk turut sealiran dengan mereka. Menurut seorang teman yang pernah cuba di rekrut beliau menyatakan bahawa memang hujah-hujahnya berdasarkan beberapa persoalan yang berkait rapat dengan 'ketuanan Melayu', kepentingan Melayu bahkan sekiranya seseorang anggota yang semangatnya tidak kuat pasti akan terjerat untuk turut serta dalam perjuangan 'KETUANAN MELAYU' dalam PKR.

Dan pengalaman saya sendiri apabila berhadapan dengan AJK Cabang Parit Sulong yang sudah kami kenalpasti menjadi talibarutnya memang sangat berbeza cara fikir menjelang festival Pemilihan PKR 2010 berbanding sebelumnya. AJK tersebut telah pun menang tanpa bertanding untuk jawatan tertinggi dalam cabang dan juga mempersediakan timnya untuk merobohkan kekuatan cabang yang selama ini dibina terutama semenjak Hasmi Hashim mengambil alih pemerintahan Cabang. Beliau telah membuat perubahan besar pada Cabang. Jika dibanding beberapa tahun sudah saya juga tidak tahu akan kewujudan parti ini di Parit Sulong. Rupa-rupanya bila bergiat aktif di sini baru saya tahu bahawa beberapa orang lama parti sudah beberapa kali bertanding dalam pilihanraya. Tetapi, masyarakat mulai kenal dengan PKR Parit Sulong apabila Sdr Hasmi Hashim mula mentadbir parti ini di sini. Pejabat mula dibuka. Program seperti ceramah dan gerak kerja lain dimulakan. Masyarakat sekeliling mulai kenal PKR. Mereka mula tidak takut menyertai program kita saban hari bertambah pengunjung.

Saya tahu bahawa memang terdapat beberapa pertemuan diantara AJK cabang yang saya maksudkan dengan Drs Zaid dan Pak Ngah. Bahkan semasa sesi pemilihan cabang yang lalu telah terganggu oleh kehadiran seorang ahli PAS yang mendakwa beliau adalah Setiausaha Jawatankuasa PR Tawan Johor dimana Dato Chua Jui Ming tiada mengetahui akan hal tersebut. Beliau datang pada majlis pemilihan tempohari dan menganggu proses. Dan ia menyalahi etika kesepakatan yang dipersetujui oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Adalah tidak senonoh juga apabila ahli parti lain cuba mencampuri urusan parti kawan. Menjadikan beliau kelihatan lebih bobrok apabila beliau dengan ego secara terangan memaklumkan kepada kami bahawa beliau mendapat arahan daripada Pak Ngah untuk memantau Pemilihan Cabang hari itu. Dalam pada waktu perbincangan, dengan kuasa Allah SWT menunjukkan kami bahawa memang ada pakatan untuk merosakkan parti oleh pihak tertentu apabila beliau dihubungi oleh Drs Zaid dihadapan kami. Dan ahli PAS ini dengan lagaknya membuat laporan mengenai perjalanan pemilihan cabang ini.

Selain itu, beberapa cabang lain turut hampir musnah akibat pendurjanaan yang dilakukan oleh Drs Zaid dan Pak Ngah. Modus Operandi mereka cukup mudah iaitu dapat kepercayaan daripada anggota, mengemukakan hujah-hujah yang pesong dan menyebabkan rasa sangsi terhadap parti. Selain itu, isu pemimpin Cina akan mengambil alih parti ini juga turut dipermainkan. Oleh itu, bertepatan juga perjuangan mereka apabila DSAI melantik DCJM sebagai Pengerusi MPN. Natijahnya, kekuatan mereka kian bertambah dengan nilai-nilai yang dipermainkan menyebabkan ramai juga teman-teman di Johor turut goyah. Tetapi, Alhamdulillah apabila kita menghidu pendurjanaan tersebut terus kami bergerak daripada 1 cabang ke cabang lain untuk meredakan keadaaan. Walaupun ramai yang sudah ke pangkal jalan. Tetapi, masih ada diantara mereka yang berkeras untuk berterusan begitu. Golongan ini memang tidak ramai. Akan begitu bakal menimbulkan pelbagai kekacauan dalam parti kelak. Dan mereka ini mulai menular di Parit Sulong. Insyaallah, saya pohon Allah SWT perkuat semangat saya untuk berhadapan dengan pendurja ini dengan tabah dan istiqamah. Semoga mereka akan kembali kepada kita.

Justeru, saya dengan ini melancarkan KEMPEN MEMRANGI PENDURJA. Dan beliau yang dimaksudkan adalah Drs Zaid. Saya akan terus konsisten mengalu-alukan agar jenis ini untuk melangkah keluar daripada parti. PKR parti milik rakyat, PKR parti milik semua, PKR milik anak2 penoreh, pesawah, petani, peguam, doktor dan lain-lain.... PKR bukan milik MELAYU!!! PKR tidak perjuang ASSABIYYAH....

Kalau MELAYU yang dipilih silalah sertai PERKOSA atau UMNO....!!

Saya akan terus menganalisis tokoh2 lain yang terlibat dalam tim PENDURJA di masa depan. Nantikan ISNIN ini....

...mendepani zaman...
      -zackzihan-

Wednesday, November 10, 2010

Pak Ngah: Parasit PKR di Johor Akhirnya Mengalah....

Dari Kiri Pak Ngah, Sdr Amir Hamzah (Setiausaha PERKASA Johor) dan Dato Zaid Ibrahim dalam satu program anjuran PERKASA di Batu Pahat.

Berita sahih telah diterima daripada seorang teman setelah saya mendapat tiupan angin kencang tersebut. Beliau di kesan mempunyai agenda sendiri sejak awal tahun lalu oleh saya dan teman-teman yang sealiran. Cuma, ketika itu masih ada rasa hormat dan bersangka baik.

Namun tindak tanduknya mula menampakkan diri beliau apabila melalui beberapa orang-orangnya yang datang menghasut dan menyebabkan kerosakan teruk di bumi Parit Sulong sejak bulan Mac yang lalu. Beliau telah menggerakkan jentera untuk melumpuhkan PKR Johor melalui port-folio yang dipegang iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor semenjak diambil alih kempimpinan negeri olej Hj Anuar Salleh. Dan beliau juga merupakan Pengurus Kempen bagi salah seorang calon Timbalan Presiden yang baru sahaja menarik diri dan menanti masa sesuai untuk keluar parti sahjaja.
Sdr Saiman Marjuki atau Pak Ngah

Beliau adalah seorang guru di sebuah sekolah sekitarnya dan menjadi Ketua Cabang Sembrong. Dari segi logik beliau merupakan seorang GURU PENOLONG KANAN di kawasan parlimen Sembrong semasa Menteri Pendidikan adalah YB Sembrong (Hishamudin Hussein) tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh pak menteri. Ini melainkan memang beliau di 'planted' atau secara sah dimasukkan kedalam PKR negeri Johor semata-mata untuk merosakkan parti ini yang sedang berkembang seharum kasturi di negeri kelahiran UMNO ini.

Perkembangan di Johor memang nampak ketara apabila keputusan pilihanraya yang lepas telah menyebabkan angka undian yang diperolehi BN sangat merosot daripada tahun-tahun sebelumnya. Ditambah pula kemerosotan penyertaan rakyat terhadap program-program anjuran UMNO berbanding program-program Pakatan Rakyat. Program seperti ceramah umum jika dilihat memang nampak peningkatan yang signifikan atau ketara. Ia dapat dibuktikan daripada jumlah kutipan sumbangan pada setiap program ceramah. Kutipan tidak pernah berkurangan. Saban hari sentiasa meniningkat. Justeru, UMNO mulai merasa gelisah dengan gelagat tersebut dan berstrategi untuk menghalang kemaraan tersebut.

Akhirnya En Saiman Marzuki diarahkan oleh Hishamudin barangkali untuk masuk dalam parti dan dapatkan kepercayaan dan akhirnya dilantik menjadi Setiausaha MPN Johor. Dan telah diketahui umum bahawa ketika itu Pengerusi MPN, Hj Anuar Salleh adalah orang kuat ABIM dan sudah pasti bersifat 'sangka baik'nya tinggi. Tambahan pula beliau tidak menetap di Johor. Jadi, kebanyakan kerja dilakukan oleh cikgu ini. Sudah tentu segala rahsia diperolehi oleh beliau dan secara senyap-senyap beliau menggunakan kedudukannya untuk mengatur langkah merosakkan parti ini di Johor. Cara beliau ialah mendapatkan kepercayaan daripada kalangan anggota parti yang mudah dipengaruhi di setiap cabang dengan harapan dapat merosakkan kepimpinan di cabang-cabang berkenaan.


Akhirnya, anggota-anggota parti yang sama-sama menggerakkan parti kesayangan rakyat ini sejak daripada awal penubuhan termakan pujuk rayunya dan mula merosakkan parti ini. "Terbaru di akhbar Utusan Malaysia (8hb Nov 2010) terpapar berita mempertikaikan Chua Jui Meng dan Keadilan Johor. Turut terlibat Dr`s Zaid (Air Hitam), Pak Ngah (Saiman Marzuki dari Sembrong), Mohd Bakri (Seri Gading), Bariman (Kota Tinggi), Zailan (Timb Pt Sulong), Aziz (Naib Sembrong), Khalid (AMK Seri Gading) dan beberapa pak turut yang terpedaya dengan hasutan. Sebelum itu, di akhbar NST, Mohd Bakri mencemuh Chua Jui Meng Diktator, diikuti cemuhan oleh Zailan dan Aziz di akhbar Sinar Harian yang secara sengaja mengkritik Keadilan di akhbar. Mereka mempergunakan akhbar untuk mengeruhkan keadaan. Tindakan yang biadap." dipetik daripada http://amkj.blogspot.com/

Selain Pak Ngah seorang lagi parasit hidup yang dihidu mengepalai petualang ini adalah Drs Zaid yang berasal daripada Batu Pahat juga di 'plpanted' untuk mundurkan PKR Johor. Melalui Pak Ngah beliau di beri laluan untuk menjadi Ketua Penaja Cabang Ayer Hitam. Saudara/i bole sendiri membaca segala tulisan Drs Zaid ini melalui laman blognya http://drszaid.blogspot.com/search?updated-min=2008-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2009-01-01T00:00:00-08:00&max-results=50 . (melalui pemahaman saya yang cetek melihat beliau adalah jati dan tulen berjiwa UMNO. Berjiwa pejuang 'KETUANAN MELAYU'!!!. Justeru, tiada mustahil dan sebab itu beliau merupakan antara anggota PKR yang bersama PERKASA). Dan beliau juga antara orang-orang penting dalam PKR yang berkempen dan menyebabkan ramai anggota-anggota terpengaruh dan tidak lagi berpegang kepada 17 teras perjuangan PKR yang ditubuh lebih 10 tahun dulu. Sebaliknya mereka memainkan sentimen ketuanan Melayu selari dengan perjuangan UMNO terutama menggunakan isu Pengerusi MPN Johor adalah Dato Chua Jui Ming berbangsa selain Melayu. Buat masa ini beliau masih lagi anggota parti. Dan saya mendesak agar pihak parti menyiasat peribadi serta perilakunya dan melalui serangan di media tempatan terhadap parti sudah cukup menunjukkan sikap tidak setia beliau. Orang seperti ini jika terus dibiarkan bakal merosakkan parti dengan lebih dasyat lagi. Dan hubungan rapat beliau dengan PERKASA memang tiada dapat dinafikan apabila menganjurkan satu program wacana tertutup diantara anggota-anggota PKR di Ayer Hitam dengan PERKASA Johor pada 8 November 2010 lalu.
Drs Zaid, Ketua Penaja, Ayer Hitam

Saya tidak pernah menafikan tentang beberapa telahan daripada 'instinct' saya menyatakan bahawa beliau juga antara yang terlibat dalam beberapa isu yang terjadi di negeri Johor muktahir ini berkait rapat dengan PKR. Isu bermula apabila program ceramah Datuk Seri Anwar dan Dato Chua Jui Ming diganggu oleh pihak polis, isu kain rentang 'sokong DCJM menjadi MB Johor' serta isu gangguan pihak polis terhadap majlis sambutan aidilfitri dimana apabila DCJM mula berucap polis ganggu dan rampas microfon. Dan saya secara konsisten menyatakan bahawa kronologi-kronologi ini memang ada kait rapat dengan bekas Setiausaha MPN Johor ini. Selain itu, beliau juga kelihatan bersama-sama dengan orang-orangnya termasuk orang kanannya Drs Zaid (Ketua Penaja Air Hitam) terlihat sebagai orang kuat dalam beberapa siri program PERKASA di negeri Johor termasuk majlis dialog berkenaan dengan perundangan anjuran PERKASA yang juga dihadiri Dato Zaid Ibrahim tempoh hari di Hotel Katerina, Batu Pahat.

Justeru, segala tindakannya telah dihidu dan dilapor terus kepada Pengerusi MPN Johor yang baru iaitu DCJM. Walaupun beliau agak sedikit kecewa dengan segelintir anggota yang menjadikannya sebagai alasan untuk memburukkan parti. Namun, beliau cukup tabah menghadapinya dan berkata 'kita hadapi ini sebagai satu jalan untuk menuju kemenangan'. Disamping itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah ingin untuk menjadi MB Johor apatah lagi jawatan tersebut esklusif untuk orang Melayu. Dan ianya telah termaktub dalam perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Lantas selepas membuat kajian, DCJM dengan pantas mengumumkan ahli majlis pimpinan yang baru dengan mengenepikan Parasit ini daripada terus mengganggu perjalanan parti.  Dan akhirnya mungkin sebab beliau tiada lagi kerja yang boleh dilakukan sekiranya di luar majlis pimpinan dan tidak lagi diperlukan oleh UMNO untuk mendapatkan sebarang berita maka beliau ambil keputusan untuk keluar daripada parti ini siang tadi.

Selain itu, untuk makluman pembaca beliau baru sahaja pencen sebagai seorang Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah di daerah Sembrong beberapa minggu lalu. (kan aneh???? kebiasaanya seorang pesara guru terus sahaja aktif menjadi ahli politik pembangkang. Sebaliknya berbeza buat insan yang bernama Pak Ngah ini apabila pencen sahaja berhenti menjadi pembangkang. Sayugia juga saya hampir pasti bahawa beliau akan aktif pula dengan gerakan NGO suruhan UMNO iaitu PERKASA terutama di negeri Johor.

Pak Ngah @ Saiman Marjuki @ bekas Setiausaha MPN Johor terima kasih kerana sekurang-kurangnya saudara telah menunjukkan diri saudara yang sebenar seawal ini. Selain itu, saudara juga telah mendedahkan anggota-anggota lain yang kami kenalpasti sebagai parasit juga seperti kamu. Jadi awas parasit-parasit lain kerana saya dan teman-teman lain sedang memerhatikan tingkah laku anda. Kami tahu siapa anda.....Kami juga tahu siapa dibelakang anda...?Jangan sampai kami tanggalkan pakaian anda satu persatu sehingga tiada tinggal seurat benang. Maka, silalah menyertai Pak Ngah keluar daripada ini. Parti ini milik semua. Parti ini milik rakyat.Parti ini bukan milik Melayu!!! (kerana sentimen yang dipermainkan oleh beliau ialah sentimen ketuanan Melayu...). Justeru, saya mendesak agar sesiapa dalam parti PKR yang cuba memperjuangkan semangat assabiyah atau ketuanan Melayu agar bertindak keluar daripada parti ini dengan segera!!

....mendepani zaman....
      -zack zaihan-